NIBONG TEBAL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing (PeWA) yang memandu kenderaan tanpa lesen.
Pengarah JPJ negeri Zulkifly Ismail berkata pihaknya memandang serius kesalahan itu kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
"Berdasarkan rekod statistik tahun lepas, sebanyak 534 notis saman telah dikeluarkan terhadap pemandu warga asing dan menyita 416 buah kenderaan manakala untuk tahun ini setakat semalam sebanyak 267 notis saman dikeluarkan dan 124 kenderaan disita.
"Tiada lesen memandu merupakan antara kesalahan tertinggi yang dikesan dengan kebanyakan mereka ditahan melibatkan warga Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Indonesia serta etnik Rohingya," katanya kepada pemberita pada sidang media Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Stesen Penguatkuasaan JPJ Valdor di sini, petang Sabtu.
Zulkifly mengingatkan kepada pemilik kenderaan supaya berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan warga asing untuk memandu tanpa dokumen sah atau tindakan boleh diambil terhadap mereka mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.
Dalam operasi itu, seorang warga Indonesia yang memandu lori milik syarikat tanpa lesen sah, ditahan Unit Peronda Bermotosikal (UPB) JPJ ketika cuba melarikan diri daripada sekatan.
Lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa dia terpaksa memandu lori berkenaan kerana pemandu sebenar bercuti dan ketika ditahan dia dalam perjalanan pulang ke rumah.
JPJ turut menahan sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an kerana disyaki cuba menyeludup diesel.
Sebanyak 24,990 kenderaan diperiksa sepanjang tempoh Op HRA 2024 yang dilaksanakan bermula 1 April hingga hari ini dengan 3,298 daripadanya dikenakan tindakan, termasuk 6,110 notis saman selain 182 kenderaan disita.
"Kesalahan paling tinggi adalah tiada lesen memandu iaitu sebanyak 1,268 notis saman diikuti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (1,017) dan tiada perlindungan insurans membabitkan 875 notis saman," katanya.
Operasi hari ini dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), menyaksikan 181 kenderaan dengan 213 notis saman dan enam notis sita dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Sebanyak 30 notis saman turut dikeluarkan JSPT, JAS enam kompaun dan enam notis uji semula serta lima larangan penggunaan, AADK (enam positif dadah), MBSP (dua kompaun) selain 10 tangkapan oleh pihak Imigresen membabitkan lapan lelaki dan dua wanita yang tidak mempunyai dokumen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Pemilik kenderaan diingat supaya berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan warga asing untuk memandu tanpa dokumen sah atau tindakan boleh diambil. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
JPJ Pulau Pinang pergiat operasi kesan pemandu warga asing tanpa lesen
JPJ Pulau Pinang memandang serius kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
12 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua
12 bas ekspres disaman dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer.
Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan lain dalam Op Khas.
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ keluar 129 saman, sita 13 motosikal
Sebanyak 129 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 13 motosikal disita dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, hari ini.
Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.
JPJ P. Pinang sita tujuh kenderaan pekerja
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita tujuh kenderaan pekerja termasuk van kilang dalam operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia.